Pages

Friday, October 9, 2009

yummm...yogurt


BAKTERIA DARI NAJIS BAYI PEMANGKIN DALAM YOGURT…….
Tahukah anda Bacteria dalam najis bayi yang baru lahir sehingga umur 28 minggu boleh digunakan untuk penghasilan yogurt. Kalau anda penggemar yogurt ,jangan pula berasa geli atau jijik dengan fakta ini. Mesti anda tertanya-tanya bolehkah najis bercampur dengan makanan?? Anda jangan keliru… ini kerana bacteria juga ada yang baik dan jahat. Bacteria yang baik untuk tubuh kita disebut prebiotic .contohnya lactobacillus, bifido bacterium, dan streptococcus .bakteria ini digunakan untuk memebantu industry makanan dalam menghasilkan produk berasaskan tenusu terumanya dalam proses penapaian untuk menghasilkan yogurt.
Sekarang mari kita kaji bagaimana bacteria yang ada dalam najis bayi boleh dimasukkan dalam makanan. Teknologi hari ini memungkinkan bacteria ini dipencilkan dari bendasing. Seterusnya bacteria ini dibiakkan untuk mendapatkan kultur bbakteria prebiotic yang tulen selepas diperam,diempar,dan dibersihkan dengan air.akhirnya, bacteria kultur tulen yang terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkin dalam penghasilan yogurt.
Walaupun najis bayi adalah najis yang tidak boleh dimakan menurut islam, namun bacteria yang diambil daripadanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling.kedua-dua peringkat proses ini selaras dengan tuntutan syarak dalam proses penyucian najis. Untuk makluman , setiap yang terkena najis tidak lagi dianggap najis sekiranya dibersihkan unsur2 najis yang terkena padanya.
Penggunaan bacteria dalam yogurt adalah harus . anda boleh terus menikmatinya selagi ia tidak bercampur dengan najis.yogurt banyak kebaikan. Disebutkan juga bahawa rasulullah s.a.w pernah memberikan yogurt kepada sahabat yang sakit.
Oleh itu, muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan kali ke 62 telah memutuskan bahawa hokum menggunakan bacteria kultur yang dipencilakn dari sebarang benda najis sebagai agen pemangkin yogurt adalah harus denagn syarat2 seperti yang ditetapkan…
Sumber: majalah pendidik

0 comments:

Post a Comment