Pages

Sunday, July 10, 2011

matlamat tidak menghalalkn cara


sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang apa yang berlaku di ibukota semalam. perhimpunan haram BERSIH yang kononnya di buat untuk menuntut keadilan...

mungkin bagi penyokong fanatik perhimpunan ini bakal marah dengan apa yang aku ingin sampaikn, tapi bagiku ini hanyalah luahan dari seorang rakyat malaysia yg bangga menjadi rakyat malaysia yang diterajui oleh kerajaan hari ini.

aku ini hanya seorang anak muda yg lahir pada zaman yang sudah merdeka. celik2 saja biji mata aku sudah dihidangkan dengan keamanan dan perpaduan kaum, ditambah dengan pembangunan yang sedang pesat berlaku. aku tidak merasai keperitan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu, aku tidak merasai menjamah ubi kayu untuk mengalas perut. aku tidak merasai ketakutan kejahatan komunis. keadaan ini menjadikan aku seorang anak muda yang kurang prihatin dengan situasi politik dalam negara, bagiku selagi aku mampu bergerak bebas selagi itu aku tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam politik negara.
hinggalah suatu hari aku dipertemukan dengan seorang yang membuka mindaku tentan penting anak muda sepertiku mengetahui dan mengambil tahu tentang politik tanah air. terutamanya HAK ORANG MELAYU yg semakin hari semakin di permainkan oelh orang melayu sendri. jika dahulu rakyat tanah melayu berkumpul untuk menentang penubuhan malayan union, tapi hari ini anak muda kita berkumpul untuk satu perhimpunan haram yang kononnya berpaksikan adil dan bersih tapi sebaliknya bukan itu matlamat sebenarnya.

sedih rasanya melihat anak-anak muda kita berkumpul dan menyertai perhimpunan haram ini tanpa mereka sedari bahawa mereka hanya dipergunakn oleh manusia2 yang punya agenda jahat untuk kepentingan mereka. berlari kesana kemari melaungkan perkataan yang aku rasa mereka sendiri tidak tahu maksud di sebaliknya. jangan sekali kita samakan perhimpunan haram ini dengan perhimpunan melarang perhimpunan malayan union dahulu. bukan sahaja caranya berbeza malah matlamat juga tidak sama.

sepatutnya sebagai anak2 muda yang hidup di zaman yang canggih ini dan mempunyai pelajaran kita boleh menilai yang baik dan buruk. jangan hanya menjadi lembu yang di cucuk hidung, mengikut kemana sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar. masih tidak cukupkah kemajuan yang kita sekarang, amsih tidak puaskah dengan keamanan yang di kecapi sehingga hari ini.

kenanglah dan hargai keperitan nenek moyang kita untuk mendapatkn kemerdekaan ini. sebagai anak muda yang masih punya semangat yang hebat sepatutnya kita bergabung mengbangunkan negara. mengejutkan teman2 kita yang masih terbelenggu dgn masalah sosial.

adakah pemimpin yang hanya tahu berdemontrasi dan memberontak ini yang kalian mahukan untuk memimpin negara. jika inilah yg kalian mahukan rasanya sia-sialah darah yang mengalir dari tubuh pahlawan kita dahulu untuk kemerdekaan tanah air ini. malanglah nasib generasi akan datang terutamanya ORANG MELAYU kerana bakal menjadi bangsa yang dikeldaikan oleh orang lain.

AGAMA ITU PENTING NAMUN TANPA NEGARA YANG BERDAULAT,, AGAMA MUNGKIN SUKAR UNTUK BERTAHAN LAMA....