Pages

Friday, October 16, 2009

????????????????


MENEKA DALAM KESAMARAN
Luahan hatiku kala ini…
Dari sudut hati yang terluka,
Dengan niat suci yang membara
Kucurahkan semua harapanku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta
Ku menitip tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguanmu kian berpanjangan tanpa persoalan
Keteguhan cintaku padamu membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan yang cuba aku timbulkan padamu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran di dalam sinar pengharapan
Puas sudah mencari silapku puas sudah meneka hatimu
tiadaku temui jawapan yang pasti
yang member ketenangan diri……
kita berkenalan kerana takdir ALLAH ynag tentukan
kita berkawan kerana kasih sayang
kita bersama kerana hati
kita bergaduh kerana harga satu ikatan ukhuwah
bukan mudah untuk berteman
susah untuk diteruskan
amat payah untuk di kekalkan dan terlalu sukar untuk dilupakan..

Wednesday, October 14, 2009

sedey la hari ni...


hari nie sedih sgt bce harian metro..orang sekarang sanggup buat apa saja untuk dapat apa yang dia nak..sampai dah hilang kewarasan dan peri kemanusiaan sesama insan..baca la brite ni sedih sangat,,,

Maut dalam besen darah
Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my






DUNGUN: Seorang wanita warga emas mati dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui terduduk dengan kepala terendam dalam besen berisi air dipenuhi darah yang diletakkan antara kedua-dua kaki mangsa dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Pak Sabah di sini, kelmarin.

Mayat Muda Mat Zin, 80, ditemui anak perempuannya, Rokiah Ali, 56, kira-kira jam 6.30 petang ketika mahu menghantar hidangan makan malam kepada ibunya.

“Pembunuh terbabit cukup kejam apabila mayat ibu ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala terendam dalam besen berisi air yang diletakkan di celah kakinya dipenuhi darah,” kata Rokiah, anak keempat mangsa ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Dungun di sini, semalam.

Mangsa tinggal seorang diri dan kejadian itu dipercayai bermotifkan rompakan.


Menurut Rokiah yang tinggal bersebelahan rumah ibunya, ketika menghantar makanan, dia memanggil ibunya berulang kali, namun tidak berjawab sebelum menyuruh seorang cucu mangsa, Izrin Amri, 10, memasuki rumah itu melalui tingkap yang terbuka untuk membuka pintu dapur yang terkunci dari dalam.
“Selepas pintu dibuka, saya segera masuk ke ruang tamu dan menghidupkan suis lampu dapur serta ruang tamu sebelum terkejut apabila melihat mayat ibu dalam keadaan menyayat hati dalam bilik tidurnya.

“Sebaik melihat mayat ibu, saya terus meraung dan hampir pitam sebelum segera berlari ke rumah memaklumkan kejadian itu kepada suami, Abdullah Said, 61, yang ketika itu berada di warung kopi miliknya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Menurutnya, sebelum menemui mayat ibu, hatinya berdebar selepas panggilannya tidak berjawab dan mengesyaki sesuatu buruk berlaku.

“Saya tak menyangka arwah mati dibunuh, sebaliknya menyangkakan dia mungkin sesak nafas atau tertidur berikutan keletihan kerana malam sebelum kejadian, kami sekeluarga baru tiba dari Kuantan menghadiri majlis perkahwinan seorang cucu di Indera Mahkota, Khamis lalu.

“Saya langsung tidak terfikir ibu akan mati dalam keadaan begitu menyayat hati. Ketika bermalam di rumah saya sebaik tiba dari Kuantan, ibu memberitahu dia tidak selera makan dan rasa macam nak mati, tapi tidak menyangka rupa-rupanya apa yang diberitahu itu akan berlaku,” katanya.

Rokiah berkata, penjenayah dipercayai menetak kepala ibunya dengan tukul yang disembunyikan berhampiran rak baju dalam bilik itu sebelum merendam kepalanya dalam besen dipenuhi air.

Menurutnya, rumah berkenaan didiami ibunya sendirian manakala adik-beradik lain tinggal berasingan kecuali dia yang menghuni bersebelahan rumah berkenaan.

Katanya, sebagai anak yang tinggal berhampiran, menjadi rutin hariannya menghantar makanan pagi dan petang untuk arwah, tetapi pada hari kejadian, dia tidak menghantar makanan pagi berikutan ibunya sudah menjamah makanan sebelum pulang ke rumahnya jam 7 pagi hari kejadian.

“Saya percaya kejadian itu berlaku lebih awal, tapi kami menyedarinya sudah lewat petang,” katanya.

Menurutnya, semua barangan kemas yang ada pada badan arwah iaitu tiga gelang tangan dan satu rantai putus disimpan dalam beg tangannya dianggarkan bernilai RM20,000 didapati hilang.

“Saya tak tahu macam mana penjenayah boleh menceroboh bilik tidur arwah sedangkan kunci bilik berkenaan ada pada adik saya, Asmah kerana tertinggal di rumahnya ketika dalam perjalanan balik dari Kuantan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.40 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa mati akibat lemas dan cedera di kepala dipukul dengan objek keras.

Sunday, October 11, 2009

AWAS.....WAHAI WANITA !!!!

AWAS. Taktik terbaru perogol dan pemerkosaan


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol
oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada
malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut
tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam
tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah
dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam
darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang
kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh
perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka.
Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan
untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex
digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan
rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan
Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut
tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang
berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan
"mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat
dari perkosaa n tersebut dan siperogol tidak bimbang
untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda,
Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN
MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh
memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari
pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia
diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di
kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda
kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman
anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda
percayai.


Telah disampaikan kepada saya oleh:
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM)

Saturday, October 10, 2009

ZIKIR MENAJAMKAN FIKIR


Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti – aktiviti bio- elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugasan tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia didalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isayrat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik ini dikenali sebagai elektro-ensefalogarm(EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat allah, seperti subhanallah,beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini meyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan –kawasan saraf otak tersebut.apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik .
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untk turut sama aktif secara keseluruhan .oatk mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir oatk tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang di lakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di Universiti Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda .mereka dikehendaki membaca setiap perkaaan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan .apabila sukarelawan melakukan tugas mereka , beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks .
Menariknya, apabial sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang –ulang kali, aktiviti saraf oatk merebak ke kawasan –kawasan saraf lain.apabila senarai perkataan baru diberiakn kepada mereka, aktiviti saraf kembali menigkat di kawasan pertama.ini seklaligus membukikan secra saintifik bahawa perkataan yang di ulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan oatak dan menambahkan kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku seislam, ketika sainstis barat baru menemui mukjizat ini , kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentinagn berzikit dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi……..jom zikir….
Sumber ; majalh solusi

Friday, October 9, 2009

yummm...yogurt


BAKTERIA DARI NAJIS BAYI PEMANGKIN DALAM YOGURT…….
Tahukah anda Bacteria dalam najis bayi yang baru lahir sehingga umur 28 minggu boleh digunakan untuk penghasilan yogurt. Kalau anda penggemar yogurt ,jangan pula berasa geli atau jijik dengan fakta ini. Mesti anda tertanya-tanya bolehkah najis bercampur dengan makanan?? Anda jangan keliru… ini kerana bacteria juga ada yang baik dan jahat. Bacteria yang baik untuk tubuh kita disebut prebiotic .contohnya lactobacillus, bifido bacterium, dan streptococcus .bakteria ini digunakan untuk memebantu industry makanan dalam menghasilkan produk berasaskan tenusu terumanya dalam proses penapaian untuk menghasilkan yogurt.
Sekarang mari kita kaji bagaimana bacteria yang ada dalam najis bayi boleh dimasukkan dalam makanan. Teknologi hari ini memungkinkan bacteria ini dipencilkan dari bendasing. Seterusnya bacteria ini dibiakkan untuk mendapatkan kultur bbakteria prebiotic yang tulen selepas diperam,diempar,dan dibersihkan dengan air.akhirnya, bacteria kultur tulen yang terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkin dalam penghasilan yogurt.
Walaupun najis bayi adalah najis yang tidak boleh dimakan menurut islam, namun bacteria yang diambil daripadanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling.kedua-dua peringkat proses ini selaras dengan tuntutan syarak dalam proses penyucian najis. Untuk makluman , setiap yang terkena najis tidak lagi dianggap najis sekiranya dibersihkan unsur2 najis yang terkena padanya.
Penggunaan bacteria dalam yogurt adalah harus . anda boleh terus menikmatinya selagi ia tidak bercampur dengan najis.yogurt banyak kebaikan. Disebutkan juga bahawa rasulullah s.a.w pernah memberikan yogurt kepada sahabat yang sakit.
Oleh itu, muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan kali ke 62 telah memutuskan bahawa hokum menggunakan bacteria kultur yang dipencilakn dari sebarang benda najis sebagai agen pemangkin yogurt adalah harus denagn syarat2 seperti yang ditetapkan…
Sumber: majalah pendidik

BUAH LONGAN PEMBERI TENAGA


hari ini saya ingin berkongsi khasiat buah yang disukai ramai orang.........

Buah longan atau nama botaninya dimocarpus longan digemari kerana rasanya yang manis dan sedap di makan begitu sahaja.jika tidak disebabkan imigran dari china yang membawanya ke negara ini mungkin kita tidak dapat menikmati keenakan buah ini.
Buah longan dikatakan adik kepada buah laici kerana ia lebih kecil saiznya. Dalam masyarakat china buah longan jarang di makan begitu sahaja biasanya mereka menggunakan buah ini dalam perubatan. Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah longan. Antaranya zat besi ,magnesium, fosforus, potassium, dan sejumlah besar vitamin A dan C. buah longan juga dikatakan mempunyai sebatian fenolik di dalam buahnya seperti asid gallik, corilagin dan asid ellagik. Ini menunjukkan buah longan meempunyai bahan antioksidan pelindung hati.
Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri. Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin . akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah .daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik(agen yang merangsang aktiviti rembesan dig aster dan digunakan sebagi tonik untuk meningkatkan selera makan ), febrifuge (rawatan atau ubat yang megurangkan atau mencegah demam ), dan vermifuj( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakn untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakn sebagai tonik dari rawatan imsonia . buah lonagn juga boleh meningktkan stamina kerana mempunyai sukrosa, protein,lemak, glukosa, dan asid tartaric, bagi ibu hamil yang lemah atau slps bersalin dikatakn baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doctor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.
Slps ini kita bolehla menikmati keenakan buah longan ini dengan mendapat khasiatnya sekali.namun harus diingat jangan berlebihan keran dikhuatiri member kemudharatan lain pula.
Sumber: mingguan wanita

Thursday, October 8, 2009

PERHATIAN...

blog ini saya hasilkan untuk kita berkongsi apa saja maklumat dan info tentang kesihatan, kecantikan, resepi, motivasi, atau apa saja...

info....


MANFAAT COKLAT GELAP UNTUK KESIHATAN

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan coklat gelap pada kesihatan, sebelum ini mungkin ramai antara kita yang menyangka coklat gelap banyak member kesan negative pada tubuh seperti coklat susu namun,

Menurut dr.dirk taubert dr university of cologne ,germany,coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekannan darah.di samping itu jika kita memerlukan suntikan tenaga,ciri- ciri unik coklat gelap boleh merangsang otak untk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin. Iaitu bahn kimia yg dpt memperbaiki emosi.tidur dan memori kita.pengambilan sedikit coklat gelap juga boleh membantu mengawal selera .

Coklat gelap mengandungi anti oksida yang tinggi.namun jangan sesekali mencampurkan dengan susu kerana kehadiran susu akn menghalang penyerapan anti oksida ini.

Satu kajian telah dibuat.di dalam kajian tersebut setiap 2 minggu responden di kehendaki memakan 100 gram kandi dan diarahkan megimbangi kalori ynag di ambil sebanyak 480 kalori dan tidak memakan maknan lain yang sama kalorinya. Sebahagian memakan coklat putih dan sebahagian memakan coklat gelap. Hasilnya responden yang makan coklat gelap menunjukkan kesan yang baik pada kadar tekanan darah tinggi mereka , manakala responden yang memakan coklat putih tidak menunujukkan kesan positif pada tekanan darah mereka.

Setelah mengetahui kebaikan coklat gelap apa kata nikmatinya sebaik mungkin tapi ingat jangan berlebihan agar sentiasa terpelihara kesihatan

assalamualaikum.....
today my first day create blog ni..dulu prnh ade blog gak tapi lupe password die so x leh nk open.
sedey. tapi takpe ni dah bakak blog baru..hehe..so enjoy it..