Pages

Thursday, October 8, 2009

info....


MANFAAT COKLAT GELAP UNTUK KESIHATAN

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan coklat gelap pada kesihatan, sebelum ini mungkin ramai antara kita yang menyangka coklat gelap banyak member kesan negative pada tubuh seperti coklat susu namun,

Menurut dr.dirk taubert dr university of cologne ,germany,coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekannan darah.di samping itu jika kita memerlukan suntikan tenaga,ciri- ciri unik coklat gelap boleh merangsang otak untk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin. Iaitu bahn kimia yg dpt memperbaiki emosi.tidur dan memori kita.pengambilan sedikit coklat gelap juga boleh membantu mengawal selera .

Coklat gelap mengandungi anti oksida yang tinggi.namun jangan sesekali mencampurkan dengan susu kerana kehadiran susu akn menghalang penyerapan anti oksida ini.

Satu kajian telah dibuat.di dalam kajian tersebut setiap 2 minggu responden di kehendaki memakan 100 gram kandi dan diarahkan megimbangi kalori ynag di ambil sebanyak 480 kalori dan tidak memakan maknan lain yang sama kalorinya. Sebahagian memakan coklat putih dan sebahagian memakan coklat gelap. Hasilnya responden yang makan coklat gelap menunjukkan kesan yang baik pada kadar tekanan darah tinggi mereka , manakala responden yang memakan coklat putih tidak menunujukkan kesan positif pada tekanan darah mereka.

Setelah mengetahui kebaikan coklat gelap apa kata nikmatinya sebaik mungkin tapi ingat jangan berlebihan agar sentiasa terpelihara kesihatan

0 comments:

Post a Comment