Pages

Sunday, December 11, 2011

selamat berkonvo


alhamdulillah..ayat pertama utk entri ak kali ni. nak tau kenapa ? sebabnya ak dah selesai berkonvo pada 3 disember 2011. akhirnya penat lelah study selama 4 tahun berbaloi sbb dapt genggam ijazah pertamaku. rasa macam tak percaya pun de. bila kami berkumpul ramai2 hari konvo tu tringat mase kami mula2 nk daftar masuk masa first year dulu. time tu masing2 x kenal lgi, mse tu la br berkenalan, soalan yg pling famous mstila, awk dr mne?, kos pe?..ble taw satu kos bru knal lgi rapat.
tapi tu cter 4 tahun dulu, skrg ni msing2 dh de life sndri,carier sndri,..cpt btul mase berlalu. kdg2 rasa rindu dgn zaman study dlu, meriah, happening, ble dh kje ni lain rasenyer. stress time kje ngn study lain sgt... ble kje kte pikul stu tanggungjawb besr..time blaja dlu bleh main2 tapi dh kje ni kne fokus. btul la org ckp time study ni pling menyeronokkn.
best sgt..ermm..anyway tahniah pada kawan2 seperjuangan yang berjaya mengenggam segulung ijazah...tahniah you all..pic xleh nk upload lgi..still in progress..next time klu dh siap ak share ngn u alls...k babai.

CUTI2 SEKOLAH...

Sunday, October 30, 2011

JERITAN PERTAMA

hai..bertemu lagi dlm blog ni..msti plik kn npe ak post JERITAN PERTAMA, jeritan spe n knpe..hehehe suspen ckit.

post ni ttg jeritan pertama ak kt dlm panggung.semua gara2 ak g tgk movie seram last week. dh la tgk time mid night hri jumaat lak tu then yg pling suspen msuk je cinema tu ak dikejutkn ngn staff kt citu yg pkai mekap menyeramkn..terkaku jap la ak kt dlm tu. suspen tul..

plan asal nk tgk real steel tp tgk seat sume dh pnuh, so ak n my fren decide nk tgk cter hntu. title die PARANORMAL ACTIVITY 3, pd yg de skit jntung, sesak nafas, pregnant jgn la tgk cter ni, mmg suspen sgt. klu nk tau ni la first time ak tgk horor movie yg buat ak terjerit gler2. sumpah ak x nk tgk lgi cter cm ni..ingtkn movie ni sme je mcm movie seram yg prnh ak tgk sblm ni..tp rpenye lain benar.

cter ni xde la muke hntu bruk2 ke hantu trbg ke..tp jln cter die mmg sgt seram n suspen, smpai ak tkut nk lelap mte..mlm nk blik umh pn dlm kete ak on radio IKIM de org mengaji so lega la ckit..nk nek tgga ke rumah pn ak asyik2 toleh blkg terasa cm de org follow..sumpah cm real ak mmg tkut gler mlm tu..

so, kepada sesiapa yg try2 nk tgk cter hantu jgnla tgk cter hntu ni...tkut pas ni korg serik nk tgk cter hantu lagi. INILAH MOVIE SERAM PERTAMA YG BUAT AK SGT TAKUT N TERJERIT2, BEFORE NI TGK CTER HANTU AK BLEH GELAK2 LGI,,TAPI YG NI MMG LAIN DR YG LAIN. X PERLU TNJUKKN MUKA HANTU YG BURUK TAPI JLN CERITA YG KUAT MMG BUAT AK MEREMANG...

Wednesday, October 26, 2011

UJIAN PERTAMA

begitu lama rasanya aku tidak mencoret sesuatu di blog ni. kekangan kesibukan kerja membataskan aku untuk mencurahkan idea di sini. tapi hari aku cuba mencuri sedikit masa yg ada utk mencoretkan sesuatu. bos aku cuti hari ni so boleh la aku bertenet kejap kt sini.hehehe.

actually x taw nk tulis pe hri ni, maybe ak boleh berkongsi tentang pengalaman bekerja ak.ak rse x perlu kot ak mentionkn di mana ak bekerja cukup sekadar aku katakan ak bekerja di sebuah syarikat yang terkenal di malaysia ni. sebut sahaj nama company pasti org akn tau. kalau x taw gak ntah la mybe die bkn malaysian kot. hehehe.

pertama kali ak dpt panggilan yg ak dpt bekerja di sini ak sgt seronok, ye la setelah 2 buln ak mengganggur akhirnya ak dpt kerja, walaupun position yg ditawrkn tidak seperti apa yg ak ambil di universiti dulu. tapi bila memikirkan ini mugkin peluang yang bagus ak x lepaskn. aku ambik peluang ni n berjanji dgn dri utk jadikan peluang ni sebagai paltform utk ak menimba seberapa byk pengalaman.

tak di nafikan mmg byk pengalaman yg ak dpt terutamanya bila bekerja dgn bangsa lain.di sini ak bukan sahaja bekerja dgn cina dan india tapi bekerja dgn bngsa asing yg dtg dri seleuruh pelosok dunia. kalau org lain hanya 1 malaysia ak disini bukan lagi 1 malaysia tapi 1world. hehehe. mula2 berhadapan dgn situasi ni ak agk stress. tiap kali bangun pagi ak akn pening kepala memikirkan apa yg ak akn hadapi hari itu.
tapi bile2 dh lme2 ak mula sesuaikn diri dgn keadaan ini. aku cube berfikiran positif dan hadapi dgn tenang. ak cuba atasi keadaan ini dgn sebaiknya.

walaupun kadg2 ak msih terasa stress tapi ak semakin berjaya atasi setiap mslh dgn baik dan ak berharap keadaan akn jdi lebih baik utk hari2 yg akan dtg.aku anggap ini sebagai ujian yg ALLAH beri padaku utk ak jdi insan yg lebih baik dan sabar. INSYALLAH.

aku yakin ALLAH tidak akan biarkan hambanya berada dlm kesusahan.kerana setiap ujian yg diberi itu semuanya mengikut kadar kemampuan kite.dan aku punya satu pendirian sesibuk mana pun kite bekerja itu semua hanya urusan dunia.jgn kita menjadi hamba kerja kerana kita ini hanya hamba pada ALLAH. sempurnakan urusan kita dgn ALLAH pasti DIA akan sempurnakan urusan kita di dunia ini.

Sunday, July 10, 2011

matlamat tidak menghalalkn cara


sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang apa yang berlaku di ibukota semalam. perhimpunan haram BERSIH yang kononnya di buat untuk menuntut keadilan...

mungkin bagi penyokong fanatik perhimpunan ini bakal marah dengan apa yang aku ingin sampaikn, tapi bagiku ini hanyalah luahan dari seorang rakyat malaysia yg bangga menjadi rakyat malaysia yang diterajui oleh kerajaan hari ini.

aku ini hanya seorang anak muda yg lahir pada zaman yang sudah merdeka. celik2 saja biji mata aku sudah dihidangkan dengan keamanan dan perpaduan kaum, ditambah dengan pembangunan yang sedang pesat berlaku. aku tidak merasai keperitan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu, aku tidak merasai menjamah ubi kayu untuk mengalas perut. aku tidak merasai ketakutan kejahatan komunis. keadaan ini menjadikan aku seorang anak muda yang kurang prihatin dengan situasi politik dalam negara, bagiku selagi aku mampu bergerak bebas selagi itu aku tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam politik negara.
hinggalah suatu hari aku dipertemukan dengan seorang yang membuka mindaku tentan penting anak muda sepertiku mengetahui dan mengambil tahu tentang politik tanah air. terutamanya HAK ORANG MELAYU yg semakin hari semakin di permainkan oelh orang melayu sendri. jika dahulu rakyat tanah melayu berkumpul untuk menentang penubuhan malayan union, tapi hari ini anak muda kita berkumpul untuk satu perhimpunan haram yang kononnya berpaksikan adil dan bersih tapi sebaliknya bukan itu matlamat sebenarnya.

sedih rasanya melihat anak-anak muda kita berkumpul dan menyertai perhimpunan haram ini tanpa mereka sedari bahawa mereka hanya dipergunakn oleh manusia2 yang punya agenda jahat untuk kepentingan mereka. berlari kesana kemari melaungkan perkataan yang aku rasa mereka sendiri tidak tahu maksud di sebaliknya. jangan sekali kita samakan perhimpunan haram ini dengan perhimpunan melarang perhimpunan malayan union dahulu. bukan sahaja caranya berbeza malah matlamat juga tidak sama.

sepatutnya sebagai anak2 muda yang hidup di zaman yang canggih ini dan mempunyai pelajaran kita boleh menilai yang baik dan buruk. jangan hanya menjadi lembu yang di cucuk hidung, mengikut kemana sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar. masih tidak cukupkah kemajuan yang kita sekarang, amsih tidak puaskah dengan keamanan yang di kecapi sehingga hari ini.

kenanglah dan hargai keperitan nenek moyang kita untuk mendapatkn kemerdekaan ini. sebagai anak muda yang masih punya semangat yang hebat sepatutnya kita bergabung mengbangunkan negara. mengejutkan teman2 kita yang masih terbelenggu dgn masalah sosial.

adakah pemimpin yang hanya tahu berdemontrasi dan memberontak ini yang kalian mahukan untuk memimpin negara. jika inilah yg kalian mahukan rasanya sia-sialah darah yang mengalir dari tubuh pahlawan kita dahulu untuk kemerdekaan tanah air ini. malanglah nasib generasi akan datang terutamanya ORANG MELAYU kerana bakal menjadi bangsa yang dikeldaikan oleh orang lain.

AGAMA ITU PENTING NAMUN TANPA NEGARA YANG BERDAULAT,, AGAMA MUNGKIN SUKAR UNTUK BERTAHAN LAMA....

Tuesday, April 26, 2011

meriahnya.. pesta buku 2011




petang 23 april hari sabtu yg lepas aku mencemar duli pergi ke pesta buku 2011 di PWTC. dah lame aku menunggu saat2 ini. mungkin bagi sesiapa yg kurg berminat dengan bahan bacaan pesta buku buknlah satu agenda yg di nannti, tapi bagi aku pesta buku nilah yang paling aku tunggu.
tahun lepas aku x dpt nak pergi so this year aku pegi awal2 ye la tkut buku yg aku nk cari dh xde stok, dh lame aku nak dapatkn buku cinta sufi tulisan ramlee awang murshid penulis feveret aku. tapi ptg tue novel die dh abis, kalau aku nak jugak aku kena tunggu novel tue smapai dari shah alam. smntara aku tunggu smapt gak la aku belek buku2 lain. aku tertarik dengan buku HM tuah iskandar, best buku tue, penuh dengan nasihat dan cara penyampaian die pun tak membosankan. aku memang suka dengan buku tulisan die tapi dah lama aku x beli buku die,kesibukan bekerja menyebabkan aku terpksa lupekan sekejap kegemaranku menyerbu kedai2 buku kt KL ni. so bila de pesta buku ni aku balas dendamla..hehehe..
dan ptg tu aku bertuah sebab aku dapat signature dri HM tuah iskandar, dpt jumpe face to face sonok ooo truja aku,,,hehe,,dekat 2 jam aku kt booth karangkraf tp bile aku tnye staff karangkraf die kte buku cinta sufi tue lmbt smpai..sabar je la..hukhuk..jadi aku pun rembat je la buku yg len tp still buku ramlee awang murshid.
aku ni x minat nak baca novel2 cinta, aku lebih suka baca novel thirrler..best, aku pun x taw nape aku x suka novel cinta ni, maybe sebab citer die sme je,,klise,,hhehe,,msti heppy ending punye.
di sebabkan aku masih x dapt buku cinta sufi tue, hari ahad tue pg2 lagi aku dh terjah pesta buku, aku x kire pe yang aku tahu hari ini aku mesti dptkn buku tue gak,
aku pegi nek tren jek, park kete kt sentul timur n nek tren dr situ lg senang coz ak ni mls nk redah jem kt KL ni. smpai je kat PWTC tue peh..ramai gler org smlm x mcm ni pun, ni dh cm org nk tawaf kt kaabah, sgggtttt ramai org..penat aku menyelit2 di tengah2 org, tapi sedey bila sampai kat rak novel tue aku tgk novel cinta sufi tu dh xde, mmg sedey... tp aku jmpe novel baru die, aku ambik terus aku x nk kempunan..hehe..masa aku nk g ke kaunter ttbe aku ternampak satu novel cinta sufi kat rak lain, akhirnya aku dapat gak novel tue, x sia2 aku redah prg sana sini,,hehe..berjaya aku. baru la aku rase puas bile aku dpat pe yg aku nak. rambang mata aku kat pesta bulu tue..aku rasa sume buku aku nak beli.memang best..tapi aku dh budget, so kena tahan dulu ..hehehe.t klu de duit lebih ake terjahla mane2 kedai buku..hehehe.
hr tue dapat la aku membeli 4 buku, 3 novel dan satu buku ilmiah hehhe..tp aku x sempat nak baca lagi buku2 tue..busy kje huhu..t la weekend ni aku gunakn tuk mmbaca hehe.
dari pesta buku yg aku pegi tue, pe yang aku nmpk masih ramai rkyt malaysia yg suke mmbaca..bagi aku mmbaca ni hobi yang paling menyeronokkan sebab dengan mmbaca kite boleh tahu byk bnde, terutamanya mmbaca buku ilmiah, so kepada readers kat malaysia walaupun anda suka baca novel, jgn lpe dengan bacaan ilmiah sebab kata pepatah ada menyebut banyak membaca luas pengalaman..membaca sebuah buku ibarat meneroka satu dunia..

Monday, April 11, 2011

salam..yuhuu


salam hari isnin,
wah bunyi cam hepi kan,,memang hepi hehe,,bkn pe hjg minggu lepas aku duk2 kat umah tak tau nak wat pe.
so setelah menolong mmbuat kerja umah ape yang patut aku pun bersenang lenang di depan TV. tiba-tiba aku terpikir yang aku ada resepi kek gula hangus yang aku amik dari kawan aku. so sabtu petang tue aku pegilah ke kedai untuk beli bahan-bahan nak buat kek gula hangus ni, semangat aku beli bahan-bahan ni. aku harap sangat resepi kali ni menjadi tak macam resepi sebelum ni yang asyik jadi kek biasa je.

so hr ahd tu aku pun start la membancuh kek tue, mula2 tue mmemang nevours taw ye la first time tau gne resepi baru, lpas dh wt sume aku pn bakar kek tue..lpas sejam aku pn tgk la hasil kek aku..

wow...amazing, kek gula hangus yang aku buat menjadi,,giler best,,memang aku hepy sgt..akhirnya aku berjaya menghasilkan kek gula hangus yang cun hehehe...

* gmbr kat atas tue aku amik kt google..aku tak smpat nk snap pic semalam, coz dh abis dibedal, tapi rupe kek aku cm tu la sme je..

ni aku bagi sekali resepi die ek..


KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sk soda bikarbonat-
4 biji telur
2 sb mentega
Cara-cara
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.

aku gerenti jadi punye klu gune resepi ni.
thanks pd kwn aku yang sumbangkan resepi ni..
hehehe

Saturday, March 26, 2011

bila kita tak bersyukur


salam,sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ni. kali ini aku sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku terfikir sejak akhir2 ini. sekadar ingin bercerita pengalaman hidup sepnjg aku di muka bumi ALLAH ini hampir 24 tahun. dulu, ketika aku di sekolah rendah dan menengah aku selau terfikir mengapa aku tidak bertuah seperti org lain,aku tidak boleh memperolehi sesuatu yang aku inginkan dengan mudah.aku perlu berusaha untuk mendptkn apa yang aku inginkan ,kadang2 aku terpksa melupakan hajatku.
saat rakan2 punya teman istimewa, aku hanya bersendirian tak punya teman istimewa,hingga kadang2 aku merasa kenapa tiada lelaki yang mahu mendekati aku,mugkin keran aku tidak punya fizikal yang cantik dan menawan.ketika itu, aku rasa itulah sebab yang paling munasabah. hingga pernah satu ketika aku merasa sangat rendah diri, setiap pandangan mata orang padaku,aku rasa seperti merendah-rendahkn aku. aku selalu mengeluh dengan apa yang berlaku.Namun, saat aku meniti kedewasaan ini, aku mula berfikir sesuatu yang sebelum ini aku tak pernah terlintas pun di mindaku. erti bersyukur atas apa yang ALLAH berikan padaku selama ini. aku tak terfikir untuk bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan. aku tak pernah bersyukur dengan nikmat hidup yang diebrikan. dulu tiap kali tarikh lahirku, aku sedih jika tiada yang memberi hadiah dan ucapan selamat. dulu aku tak pernah berterima kasih pada keluargaku dan ibubapaku. dulu aku tak pernah bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan. aku hanya tahu mengeluh dengan apa yang aku dapat.
kini, aku mula sedar, apa yang aku perolehi hingga hari ini adalh nikmat yang sangat besar. aku punya keluarga dan ibubapa yang selalu mendoakan aku dan menyokongku. aku masih diberikan nyawa dan kewarasan fikiran nikmat yang paling besar. aku dihindari dari sakit yang kronik, aku punya kawan2 bergembira dan sahabat berduka. aku dpat melakukan sesuatu yang aku minati. aku dihindari dari masalah sosial yg melanda saat remajaku. ALHAMDULILLAH, aku terselamat dari dugaan ketika remaja.
kini, aku sedang berusaha mencapai cita2 ku. dan aku sangat2 bersyukur dengan apa yang aku gapai hari ini. dan aku pastikan kejayaanku ini akan menjadi kebangaan keluarga.INSYALLAH.
aku selalu berkata pada diriku, biar aku tidak punya teman istimewa tapi aku punya kekasih yang setia iaitu ALLAH dan RASULKU. tempat aku mengadu ketika punya masalah.kekasih yg tidak meminta balasan ats pengorbanan yang diberikan. untuk ibubapaku,aku akan pastikan kalian menangis untukku hanya untuk kejayaanku bukan kerana kegagalanku. biar kalian bersedih dalam gembira. itu janjiku.semoga ALLAH makbulkan. kepada ahli keluarga dan adik beradikku, kalian sentiasa dibelakangku membantuku selama ini. TERIMA KASIH. jasa kalian tak dpat ku balas dengan wang ringgit. hanya doa kebahagiaan untuk kalian. kepada sahabatku dan teman2, TERIMA KASIH kerana menjadi teman padaku insan yang tidak sempurna ini. kalian menceriakan hidup ini, menjadikan hidupku warna-warni. dan kepada semua insan yang banyak membantu sepanjang hidupku..TERIMA KASIH.
sedikit pesanan untuk remaja diluar sana,, jangan bersedih jika kamu tidak punya teman istimewa kerana kamu bertuah kerana dihindari dari hasutan hawa hafsu. hargai ibubapa kita kerana sesungguhnya redha ALLAH itu terletak pada redha ibubapa kita.syurga di bwah tapak kaki ibu. sejauh manapun dan sehebat manapun kita di duania ini,namun tanpa redha ibubapa kita tidak bermakna disisi ALLAH.

perkataan ALHAMDULILLAH kini sangat bermakna bagiku. tiap kali hati ini mengucapkannya, aku rasakan ketenangan yang tak terhingga. tiap kali aku buka mata ketika bangun tidur, AKU bersykur kerana aku di berikan lagi peluang untuk menghirup udara dan memijak bumi allah ini dengan sempurna.

THANKS ALLAH. THANKS FOR EVERITHING,sesungguhnya engkau MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG...ALHAMDULILLAH.

Wednesday, March 9, 2011

pendakian yang mencabar


hujung minggu yang lepas sekali lagi aku mencabar diri dengan mndaki gunung. kali ini gung yg ku daki ialah gunung liang ditanjung malim. gunung yang berketinggian 6000 kaki lebih ini mempunyai trek yng agk mncabar.mlm 4 mac 2011 kmi bertolak menaiki bas ke behrang,perjalanan kali ini tidak lama hanya memakan masa dlm 1 jam stgh dr serdang ke behrang.kami tiba di stesen petronas behrang sebelum di bawa ke empangan sg dara menaiki pajero. kami tiba di sungai dara kre2 pukul 3 pagi. kami terus mendirikn khemah untuk tidur sebelum memulakn pendakian esok pagi.

setelah selesai sarapan dan bersolat subuh kami bersiap2 untuk memulakan pendakian. setelah bacaan doa selesai kami pun memulakan pendakian kami. ketika itu hati kecil ku tertanya2 mampukah ak smpai ke puncak, kerana menurut kata guide trek ke puncak agk mencabar kerana keadaannya yang mencanak.kali terakhir aku mendaki lebih kurang 5 buln lpas, aku cuma mmpu brharap allah mmberi aku kekuatan tuk smpai ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa hampir 7 jam lebih, DENGN KEADAAN TREK YANG MNCANAK DITAMBAH lagi trek yng licin dan keadaan hujn ketika itu mmg btul2 menguji kesabaran aku. ketika itu aku terfikir agaknya beginilah keadaan org2 terdahulu ketika mereka berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan.penuh kesusahan dan kesukaran tapi berkat kesabaran dan semangat mereka berjaya meneroka. mmg benar jnji ALLAH itu selagi DIA menginginkan ia terjadi maka akn trjadi walaupun sukar.

sampai di puncak tiada kata yang dapt dilafazkan kecuali syukur kerana aku akhirnya berjaya smpai ke puncak. dari puncak kami dapat melihat proton city dan keseluruhan kawasan tanjung malim. subhanallah..maha besar ALLAH.

selps mkn tengahri kami bersiap untuk turun ke kaki gunung. kali ini ia lebih mencabar kerana kami perlu menurun ke bawah. trek yng licin mmbuatkn aku terjatuh beberapa kali hampir 4 jam akhirnya kami smapai ke kaki gunung. kami sempat bermandi- manda di empangan sungai dara smbil menuggu kawn2 yng lain yang masih dlm perjalanan.

syukur semua selmat smpai ke kaki gunung dan terus pulang ke kuala lumpur kerana isnin kami perlu bekerja seperti biasa.

betullah kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. lain gunung yang di daki lain pengalaman yang diperolehi.bila mndaki apa yang penting kerjasama dan kesabaran.kejayaan boleh di capai dengan kesepakatan. kerjasama dari rakan sependakian sgt dihargai.

Monday, January 24, 2011

BILA CINTA TIADA LAGI


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan