Pages

Saturday, March 26, 2011

bila kita tak bersyukur


salam,sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ni. kali ini aku sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku terfikir sejak akhir2 ini. sekadar ingin bercerita pengalaman hidup sepnjg aku di muka bumi ALLAH ini hampir 24 tahun. dulu, ketika aku di sekolah rendah dan menengah aku selau terfikir mengapa aku tidak bertuah seperti org lain,aku tidak boleh memperolehi sesuatu yang aku inginkan dengan mudah.aku perlu berusaha untuk mendptkn apa yang aku inginkan ,kadang2 aku terpksa melupakan hajatku.
saat rakan2 punya teman istimewa, aku hanya bersendirian tak punya teman istimewa,hingga kadang2 aku merasa kenapa tiada lelaki yang mahu mendekati aku,mugkin keran aku tidak punya fizikal yang cantik dan menawan.ketika itu, aku rasa itulah sebab yang paling munasabah. hingga pernah satu ketika aku merasa sangat rendah diri, setiap pandangan mata orang padaku,aku rasa seperti merendah-rendahkn aku. aku selalu mengeluh dengan apa yang berlaku.Namun, saat aku meniti kedewasaan ini, aku mula berfikir sesuatu yang sebelum ini aku tak pernah terlintas pun di mindaku. erti bersyukur atas apa yang ALLAH berikan padaku selama ini. aku tak terfikir untuk bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan. aku tak pernah bersyukur dengan nikmat hidup yang diebrikan. dulu tiap kali tarikh lahirku, aku sedih jika tiada yang memberi hadiah dan ucapan selamat. dulu aku tak pernah berterima kasih pada keluargaku dan ibubapaku. dulu aku tak pernah bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan. aku hanya tahu mengeluh dengan apa yang aku dapat.
kini, aku mula sedar, apa yang aku perolehi hingga hari ini adalh nikmat yang sangat besar. aku punya keluarga dan ibubapa yang selalu mendoakan aku dan menyokongku. aku masih diberikan nyawa dan kewarasan fikiran nikmat yang paling besar. aku dihindari dari sakit yang kronik, aku punya kawan2 bergembira dan sahabat berduka. aku dpat melakukan sesuatu yang aku minati. aku dihindari dari masalah sosial yg melanda saat remajaku. ALHAMDULILLAH, aku terselamat dari dugaan ketika remaja.
kini, aku sedang berusaha mencapai cita2 ku. dan aku sangat2 bersyukur dengan apa yang aku gapai hari ini. dan aku pastikan kejayaanku ini akan menjadi kebangaan keluarga.INSYALLAH.
aku selalu berkata pada diriku, biar aku tidak punya teman istimewa tapi aku punya kekasih yang setia iaitu ALLAH dan RASULKU. tempat aku mengadu ketika punya masalah.kekasih yg tidak meminta balasan ats pengorbanan yang diberikan. untuk ibubapaku,aku akan pastikan kalian menangis untukku hanya untuk kejayaanku bukan kerana kegagalanku. biar kalian bersedih dalam gembira. itu janjiku.semoga ALLAH makbulkan. kepada ahli keluarga dan adik beradikku, kalian sentiasa dibelakangku membantuku selama ini. TERIMA KASIH. jasa kalian tak dpat ku balas dengan wang ringgit. hanya doa kebahagiaan untuk kalian. kepada sahabatku dan teman2, TERIMA KASIH kerana menjadi teman padaku insan yang tidak sempurna ini. kalian menceriakan hidup ini, menjadikan hidupku warna-warni. dan kepada semua insan yang banyak membantu sepanjang hidupku..TERIMA KASIH.
sedikit pesanan untuk remaja diluar sana,, jangan bersedih jika kamu tidak punya teman istimewa kerana kamu bertuah kerana dihindari dari hasutan hawa hafsu. hargai ibubapa kita kerana sesungguhnya redha ALLAH itu terletak pada redha ibubapa kita.syurga di bwah tapak kaki ibu. sejauh manapun dan sehebat manapun kita di duania ini,namun tanpa redha ibubapa kita tidak bermakna disisi ALLAH.

perkataan ALHAMDULILLAH kini sangat bermakna bagiku. tiap kali hati ini mengucapkannya, aku rasakan ketenangan yang tak terhingga. tiap kali aku buka mata ketika bangun tidur, AKU bersykur kerana aku di berikan lagi peluang untuk menghirup udara dan memijak bumi allah ini dengan sempurna.

THANKS ALLAH. THANKS FOR EVERITHING,sesungguhnya engkau MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG...ALHAMDULILLAH.

Wednesday, March 9, 2011

pendakian yang mencabar


hujung minggu yang lepas sekali lagi aku mencabar diri dengan mndaki gunung. kali ini gung yg ku daki ialah gunung liang ditanjung malim. gunung yang berketinggian 6000 kaki lebih ini mempunyai trek yng agk mncabar.mlm 4 mac 2011 kmi bertolak menaiki bas ke behrang,perjalanan kali ini tidak lama hanya memakan masa dlm 1 jam stgh dr serdang ke behrang.kami tiba di stesen petronas behrang sebelum di bawa ke empangan sg dara menaiki pajero. kami tiba di sungai dara kre2 pukul 3 pagi. kami terus mendirikn khemah untuk tidur sebelum memulakn pendakian esok pagi.

setelah selesai sarapan dan bersolat subuh kami bersiap2 untuk memulakan pendakian. setelah bacaan doa selesai kami pun memulakan pendakian kami. ketika itu hati kecil ku tertanya2 mampukah ak smpai ke puncak, kerana menurut kata guide trek ke puncak agk mencabar kerana keadaannya yang mencanak.kali terakhir aku mendaki lebih kurang 5 buln lpas, aku cuma mmpu brharap allah mmberi aku kekuatan tuk smpai ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa hampir 7 jam lebih, DENGN KEADAAN TREK YANG MNCANAK DITAMBAH lagi trek yng licin dan keadaan hujn ketika itu mmg btul2 menguji kesabaran aku. ketika itu aku terfikir agaknya beginilah keadaan org2 terdahulu ketika mereka berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan.penuh kesusahan dan kesukaran tapi berkat kesabaran dan semangat mereka berjaya meneroka. mmg benar jnji ALLAH itu selagi DIA menginginkan ia terjadi maka akn trjadi walaupun sukar.

sampai di puncak tiada kata yang dapt dilafazkan kecuali syukur kerana aku akhirnya berjaya smpai ke puncak. dari puncak kami dapat melihat proton city dan keseluruhan kawasan tanjung malim. subhanallah..maha besar ALLAH.

selps mkn tengahri kami bersiap untuk turun ke kaki gunung. kali ini ia lebih mencabar kerana kami perlu menurun ke bawah. trek yng licin mmbuatkn aku terjatuh beberapa kali hampir 4 jam akhirnya kami smapai ke kaki gunung. kami sempat bermandi- manda di empangan sungai dara smbil menuggu kawn2 yng lain yang masih dlm perjalanan.

syukur semua selmat smpai ke kaki gunung dan terus pulang ke kuala lumpur kerana isnin kami perlu bekerja seperti biasa.

betullah kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. lain gunung yang di daki lain pengalaman yang diperolehi.bila mndaki apa yang penting kerjasama dan kesabaran.kejayaan boleh di capai dengan kesepakatan. kerjasama dari rakan sependakian sgt dihargai.