Pages

Monday, April 30, 2012

MELAYU...

Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka SALAM SEMUA.. ak tertarik dengan sajak dari sasterawan negara kita USMAN AWANG. Sajak ini panjang sebenarnya tapi ak lebih tertarik dengan frasa di atas. mendalam maksudnya banyak maksud tersirat yg cuba di sampaikan. bagaimana melayu zaman dahulu yg sangat sayangkan bangsa dan agama dan berperang kerana agama. tapi apa yang berlaku pada hari ini ? , MELAYU di persendakan atas nama kebebasan. apa masih x cukup lagi kah kebebasan yang kita miliki hr ni ?, masih tidak cukupkah apa yang kita miliki hr ni?...adakah kita ingin menjadi bangsa yg tertindas di bumi sendiri ? dan menjadi boneka untuk mereka yg punya niat jahat untuk kepuasan mereka sendiri ?... keputusan di tangan anda untuk menentukan di mana kedudukan bangsa kita untuk cucu cicit kita akan datang...

0 comments:

Post a Comment