skip to main |
skip to sidebar
bila ilham datang mencurah,mata pena akan mencoret sesuatu sambil ditemani secawan kopi yang datang dengan aroma yang mengasyikkan...
Pages
Monday, April 30, 2012
MELAYU...
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
SALAM SEMUA..
ak tertarik dengan sajak dari sasterawan negara kita USMAN AWANG. Sajak ini panjang sebenarnya tapi ak lebih tertarik dengan frasa di atas. mendalam maksudnya banyak maksud tersirat yg cuba di sampaikan. bagaimana melayu zaman dahulu yg sangat sayangkan bangsa dan agama dan berperang kerana agama. tapi apa yang berlaku pada hari ini ? , MELAYU di persendakan atas nama kebebasan. apa masih x cukup lagi kah kebebasan yang kita miliki hr ni ?, masih tidak cukupkah apa yang kita miliki hr ni?...adakah kita ingin menjadi bangsa yg tertindas di bumi sendiri ? dan menjadi boneka untuk mereka yg punya niat jahat untuk kepuasan mereka sendiri ?... keputusan di tangan anda untuk menentukan di mana kedudukan bangsa kita untuk cucu cicit kita akan datang...
Wednesday, April 4, 2012
PILIHAN YANG TEPAT
salam.. dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini. kesibukan bekerja kadang2 membataskan masa untuk berkarya. tapi yang pasti penulisan ini mesti diteruskan bagi memastikan minda tidak tumpul untuk menjana idea..hehe..
tahun ini rasanya tahun yang penuh dengan cabarn untuk aku, tahun pertama bergelar wanita berkerjaya. tahun2 sebelum ini ak masih berseronok bergelar pelajar, menikmati keseronokan bersama teman2 tanpa memikirkan apa yang bakal aku hadapi masa akan datang. tapi hari ini bangun je dari tidur ak harus memikirkan risiko dan strategy untuk melangkah ke pejabat. setiap hari harus menanggung risiko atas setiap keputusan dan tugasan yg kita lakukan. waktu inilah pilihan yg tepat tidak semestinya datang dari perkara yg kita suka. mungkin apa yg tepat bagi kita tidak tepat untuk org lain. apa yg terbaik perbincangan dan musyawarah.
semasa ak bergelar pelajar ak impikan kerjaya yg penuh cabaran, bekerja dan bertemu dgn ramai org, melakukan sesuatu yg berbeza setiap hari. alangkah indahnya..sebab impian ak itu dtg dari perkara yg ak minati. tapi hr ni ak bekerja dalam bidang yg jauh tersasar dari bidang yg ak impikan, melakukan tugas yg ak tidak impikan, cabaran2 yg jauh berbeza dari yg ak harapkan. ak x pasti sampai bila ak boleh bertahan.
tidak di nafikan ak cemburu dengan teman yg mendapat karier impian. tapi ak melakukan tugas yg ak tidak berminat. cuba untuk menerima tapi masih sukar untuk menghadapinya. tapi ak yakin ALLAH ada aturannya untuk setipa hambanya. ak cuba untuk terus bersabar dan berusaha, semoga apa yg ak lakukan ini berguna dan membantu ak menjadi org yg berjaya du dunia dan akhirat.

tentang aku..
- wana misni
- hamba di bumi ALLAH, anak untuk ibubapaku, pelajar untuk guruku dan teman untuk sahabatku
Powered by Blogger.